Moh bace ni kejap :) ~renungkanlah :)
Friday, 6 December 2013 ? 0PotPetPotPet ?
Assalammualaikum :)Kata ustaz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita
lagi...
Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia...
Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-
anak
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan
perniagaan.
Allah akan sibukkan kita dengan urusan
menambahkan
harta.
Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh,
pangkat dan kuasa...Alangkah ruginya kerana
kesemuanya
itu akan kita tinggalkan...
Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang
yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah
SWT...dan jika
mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi
sudah
semestinya mereka memilih tidak lagi akan
bertarung bermati-matian untuk merebut dunia...kerana
tujuan kita
diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan
beribadat
kepada Allah...tidak akan Allah ciptakan manusia
sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia..
Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia
ini telah
pun ditentukan oleh Allah SWT.
Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain
lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah
besar,
kereta besar...
Kenapa...
kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain
lebih daripada kita..
kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih
banyak
amalan daripada kita..
kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang
lain bangun di sepertiga malam...solat tahajud dan bermunajat...
kita cemburu apabila melihat orang lain menukar
kereta
baru yang mewah...tetapi jarang kita cemburu
apabila
melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran sebulan dua
kali...
Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia
akhir
zaman....apabila duit, harta dan pangkat mengatasi
segala- galanya....setiap kali menyambut hari jadi...kita
sibuk nak
raikan sebaik mungkin...tetapi kita telah
lupa..dengan
bertambahnya umur kita...maka kita akan
dipanggil Illahi bertambah dekat...kita patut bermuhasabah
mengenai
bekalan...ke satu perjalanan yang jauh..yang tidak
akan
kembali..dan buat selama-lamanya.
~RENUNGKANLAH~ :)